Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Resepi Homemade Ayam Goreng Spicy Ala McD

Belum cuba belum tahu. Dah cuba confirm repeat banyak kali.

Penat nak beratur dalam lautan manusia semata-mata untuk dapatkan ayam goreng McD? Jangan risau, sebenarnya anda sendiri boleh boleh masak sendiri secara homemade di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Confirm jimat & pasti puas makan!

Jom kami bawakan anda terutamanya ibu-ibu di luar sana resepi ayam goreng homemade ala Mc’donalds dengan hanya menggunakan bahan mudah. Jom cuba!

Bahan Yang Diperlukan

  • Rempah kari daging
  • Tepung bestari pedas
  • Serbuk cili babas
  • Tepung goreng cucur cap tangan
  • Telur
  • Ayam

Cara-Cara Memasak Ayam Goreng

  • Bancuh tepung bestari bersama air sehingga menjadi sederhana pekat (ikut pada kuantiti ayam yang anda gunakan)
  • Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi dan perap. Semakin lama perap semakin lembut isi ayam dan rasa pedas akan serap ke dalam isi ayam.
  • Satukan tepung bestari, serbuk cili babas dan tepung goreng cucur cap tangan. Gaul rata terlebih dahulu sebelum dilumur pada ayam. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul rata bersama 1/2 sudu kfc maggi secukup rasa.
  • Lumurkan campuran tepung tadi pada ayam, kemudian celupkan ke dalam telur. Kemudian salutkan semula dengan tepung.
  • Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.
  • Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.
  • Hidangan Ayam Goreng Spicy ala McD tersedia untuk dimakan.

Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya. Anda suka resepi di atas? Kalau suka, ada banyak lagi resepi best dan berguna di sini. Kalau nak tengok kasut pun boleh ke www.madre.my.Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *