Perkongsian hari ini sesuai untuk ibu-ibu cuba sebagai menu minum petang hujung minggu ini. Resipi sangat ringkas dan bahan yang diperlukan juga mudah untuk didapatkan.
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1/2 cawan butter/marjerin
- 1 sudu gula
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 cubit garam
- 2 biji telur
- Minyak (untuk goreng churros)
Untuk salutan churros:
- Gula
- Serbuk kulit kayu manis
- Coklat masakan
Arahan- Churros:
- Masukkan aor, butter/marjerin, gula dan garam dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih dengan menggunakan api perlahan.
- Selepas mendidih, padamkan api dan masukkan tepung gandum. Kemudian kacau sehingga sebati.
- Selepas itu, biarkan doh sejuk. Selepas disejukkan, masukkan telur satu per satu dan esen vanila. Kacau hingga sebati.
- Masukkan doh dalam beg piping.
- Panaskan minyak dan goreng churros. Tekan sehingga doh membentuk churros berukuran lebih kurang setengah inci.
- Goreng sehingga keperangan.
Arahan- Salutan:
- Jika ingin gunakan gula dan serbuk kali kayu manis, gunakan gula halus dan gaul bersama serbuk kulit kayu manis. Kemudian salut churros dengan campuran tadi.
- Jika ingin gunakan coklat, cair coklat masakan dengan cara double-boil. Hidangkan dengan churros sebagai sos.
Boleh cuba resepi churros yang mudah ini untuk dijamu kepada keluarga hujung minggu ini. Anak-anak memang akan suka makan.
Bila dah kenyang, boleh tinjau-tinjau website Madre untuk tengok kasut-kasut cantik.