Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tiada bazaar Ramadhan? Ini dia 5 resipi “home bazaar” yang anda boleh ikuti!

Tanpa kita sedar, lagi 4 hari sebelum kita menyambut bulan Ramadhan tahun ini. Pastinya, Ramadhan tahun ini amat berbeza berbanding tahun lalu.

Bila tiba je bulan Ramadhan, perkara pertama yang kita bayangkan mesti Bazaar Ramadhan lepastu suasana berbuka puasa dan solat terawih di Masjid. Betul tak?

Namun, tahun ini amat berbeza disebabkan kita semua dilanda dugaan penyebaran penyakit covid-19 yang memutuskan kegiatan kita untuk melakukan perkara sama seperti tahun-tahun yang lalu. Pastinya, tahun ini suasana bulan Ramadhan lebih sederhana. 

Walaupun Ramadhan tahun ini mungkin tidak semeriah tahun lalu, dan tiada bazaar dibenarkan beroperasi. Jangan risau, berikut 5 resipi famous ala-ala “home bazaar” yang anda boleh buat sendiri di rumah!

Murtabak Maggie Viral

Murtabak antara juadah paling “famous” apabila menjelang bulan Ramadhan. Ibarat kalau tak dapat Murtabak, tak lengkap juadah berbuka puasa. Walaupun cara penyediaan yang biasa kita lihat di bazaar seakan rumit, namun sebenarnya ada beberapa jenis murtabak yang and boleh lakukan sendiri di rumah dan mudah!

Contohnya : Murtabak Maggie

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus  Maggie 
  • 2 biji telur 
  • ½  bawang besar cincang halus + cili merah 

Cara pembuatan :

Sumber : Youtube @Inspirasi #DapurBujang

Popiah Carbonara Cheese Rangup

Terdapat banyak jenis popiah yang anda boleh lakukan. Popiah juga antara juadah yang famous untuk berbuka. Simple dan menyelarakan. Ini antara resipi popiah viral carbonara cheese!

Bahan-bahan : 

  • ½ Bawang Holland 
  • 3 Ulas Bawang Putih 
  • 200 gram Ayam Cincang 
  • 3 Sosej 
  • 300 gram Sos Karbonara (1 Tin)
  • 2 Keju Cheddar 
  • ½ serbuk lada hitam 

Cara pembuatan :

Sumber : Youtube @BuatOrangLapo

Roti John Lazat

Sebut sahaja Bazaar Ramadhan, pasti terbayang Roti John. Roti John juga menjadi pilihan disebabkan ianya juadah yang mudah dan mengenyangkan!

Bahan-bahan :

  • 2 roti frankfurter (disapu 3 mentega)
  • 2 biji telur (dicampur dengan ¼ garam dan ¼ lada hitam)
  • ½ biji bawang holland 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 200 gram daging kisar
  • 1 sudu kecil kari ayam/daging 
  • 1 sudu kecil garam

Cara pembuatan :

Sumber : Youtube @LimauNipis

Ayam Percik

Ayam percik juga merupakan antara juadah “famous” ketika bulan puasa. Walaupun kita lihat cara penyediaan dia agak rumit, sebenarnya ayam percik boleh dibuat sendiri di rumah dan mudah! Berikut bahan dan cara penyediaan ayam percik :

Bahan-bahan 

  • 1 kotak santan 
  • 5 tangkai cili kering 
  • 1 tangkai serai
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 biji bawang merah + halia 
  • 2 ketul ayam (bahagian peha) 

Cara pembuatan : 

Sumber : Youtube @Inspirasi #DapurBujang

Kuih Cek Mek Molek

Kuih Cek Mek Molek adalah makanan tradisi orang negeri Kelantan. Penyediaannya amat mudah dan sesuai dijadikan juadah berbuka puasa!

Bahan-bahan : 

  • 3 ketul ubi keledek 
  • 1 cawan gandum 
  • Gula 
  • Minyak 

Cara pembuatan

Sumber : Youtube @MalinaLinaPg

Jadi itu sahaja resipi yang Kakpin list kan untuk anda semua. Sebenarnya banyak lagi resipi mudah yang anda boleh ikuti. Jangan risau, walaupun bazaar Ramadahan dibatalkan, anda masih boleh merasai juadah yang famous dengan melakukan sendiri di rumah ok! 

Apa-apaun, Kakpin doakan semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan bekat dan semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan Ramadhan ini. InshaAllah! 😉❤

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *