Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tips Penjagaan Tote Bag Supaya Tidak Cepat Kotor

Anda ada berapa koleksi Tote Bag?

Penggunaan tote bag menjadi satu trend positif yang ramai amalkan bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh pelosok dunia. Memang banyak kebaikan apabila menggunakannya dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi pada alam sekitar. Bukan setakat harganya yang jauh lebih murah, design yang sedia ada di pasaran tempatan juga memang menarik ✨

Cuma masalah kebanyakan pengguna tote bag ialah cepat kotor dan susah bertahan lama. Ada yang basuh dan jaga dengan betul tapi tetap tak tahan lama. Jadi, ini dia 5 tips mudah untuk menjaga tote bag anda daripada cepat kotor.

1. Elak Simpan Di Kawasan Bersuhu Lembap

Cara pertama ialah elak simpan tote bag di kawasan bersuhu lembap jika tak mahu beg jadi tempat pembiakan kulat. Tempat yang paling selamat ialah simpan dalam almari rumah.

2. Jangan Bagi Beg Terdedah Terlalu Lama

Kedua, jangan bagi tote bag anda terdedah secara berterusan di bawah cahaya terik matahari. ini akan menyebabkan warna atau rekaan tote beg semakin pudar.

3. Jangan Cuci Dalam Mesin Basuh

Ketiga, ialah jangan cuci tote bag dalam mesin basuh. Perkara yang anda perlu lakukan ialah jirus air sejuk dan bersihkan secara perlahan menggunakan tangan. Pasti menjadi.

4. Jangan Tinggal Sisa Sabun Atas Beg

Seterusnya ialah, pastikan anda tidak meninggalkan sisa sabun di atas tote bag kerana akan membuatkan kain berbekas dengan tompokan putih. Malah, apa yang perlu anda lakukan ialah bilas tote beg dengan air sehingga bersih.

5. Isi Beg Dengan Kertas Putih

Cara terakhir sekali, isi bahagian dalam beg dengan kertas tisu putih agar bentuk beg kekal seperti sedia ada. Elakkan isi dengan kertas surat khabar atau majalah kerana ia boleh menyebabkan kesan warna pada kertas melekat pada beg, terutamanya, beg berwarna putih.

Ada pelbagai cara sebenarnya untuk memastikan beg anda kekal bersih dan lambat kotor. Mungkin anda boleh cuba 5 cara dia atas dahulu dan lihat kesannya. Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *