Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Jika kasut yang dipakai selesa pasti percutian tersebut akan lebih seronok kerana kaki pemakai berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan mudah sakit kaki. Tambahan lagi, wajib ada OOTD kalau pergi bercuti. Tak kira lelaki atau perempuan mesti nak ada gambar kalau pergi bercuti. OOTD nampak lagi cantik kalau kasut pun cantik. Tapi kalau nak pilih kasut bukan sahaja perlu nampak cantik, keselesaan si pemakai juga penting kerana kita nak berjalan dalam tempoh yang lama.
Dalam post ini akan dikongsikan kasut yang sesuai untuk anda bawa bersama semasa pergi bercuti.
Sneakers
Sneakers adalah kasut paling sesuai untuk bercuti jika tempat yang anda kunjungi memerlukan anda untuk berjalan dalam jarak yang jauh. Misalnya, anda pergi bercuti ke Melaka. Tempat-tempat yang menarik di Melaka banyak yang memerlukan pelancong untuk berjalan. Jadi sneakers paling sesuai untuk tempat-tempat begini. Sneakers yang masih boleh menunjukkan penampilan yang bergaya dan estetika jika anda pandai memadankannya dengan stokin yang cantik.
Sandal
Sandal sesuai untuk cuaca Malaysia yang panas. Sandal sesuai untuk percutian ke pantai atau pulau. Pemakai sandal tidak perlu risau jika sandal terkena air kerana ia tidak banyak permukaan dan mudah kering. Sandal yang bertapak tinggi akan menambah lagi keselesaan pemakainya. Pemakai sandal juga mampu menghasilkan OOTD yang cantik jika sandal yang dipilih mempunyai design yang menarik. Sandal sesuai untuk kebanyakan tempat percutian memandangkan pemakaiaan sandal tidak akan menyebabkan si pemakai tidak selesa jika digunakan dalam tempoh yang lama.
Flat
Kasut yang sesuai untuk kebanyakan tempat percutian yang terakhir ialah flat. Flat yang mempunyai tapak yang tidak terlalu tinggi sesuai untuk pemakai yang tidak biasa pakai kasut bertapak tinggi. Pemakai kasut flat juga tidak perlu risau jika perlu berjalan di permukaan yang tidak rata dan berbukit kerana kasut flat masih sesuai untuk permukaan sebegitu. Pemakai flat juga mepunyai banyak pilihan kerana banyak jenama kasut di Malaysia yang menghasilkan design yang cantik untuk kasut flat. Pemakai pasti akan nampak bergaya dengan menggunakan flat semasa percutian.
Kesimpulannya, jika anda mahukan percutian anda berjalan lancar, anda perlu pilih kasut yang sesuai supaya ia tidak akan mengganggu mood anda untuk bercuti. Kalau kaki sakit semasa bercuti pasti anda tidak akan berasa seronok untuk bersiar-siar lagi. Anda boleh share artikel ini untuk kawan-kawan atau keluarga yang nak pergi bercuti. Subscribe Madre.my untuk artikel yang menarik lagi akan datang. Jangan lupa pilih kasut yang sesuai sebelum bercuti!
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.