Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini menjadikan hampir 80 peratus rakyat Malaysia perlu bekerja dari rumah. Namun, ramai yang akui bahawa terdapat cabaran yang mereka perlu lalui sepanjang tempoh bekerja di rumah. Al-maklumlah, apabila sudah terbiasa bekerja dalam suasana office, agak kekok pula nak bekerja dalam suasana di rumah betul tak?
Mungkin ada yang masih belum tahu, sebenarnya bekerja dari rumah atau lebih dikenali dengan singkatan Work From Home (WFH) ini banyak kelebihannya seperti masa fleksibel, persekitaran ruang tempat kerja tenang dan tidak perlu terbabit dalam kesesakan lalu-lintas. Sis pun mesti work from home juga kan? Jom kita lihat Tips untuk lebih produktif apabila bekerja di rumah.
First of all, tuliskan senarai kerja yang WAJIB dilakukan dalam kertas nota atau dokumen online. Ini secara tak langsung dapat membantu kita fokus dalam menyiapkan kerja semasa bekerja dari rumah. Senarai itu juga berfungsi sebagai ‘alarm’ harian untuk mengingatkan kita semula daripada terlupa. Cara ini mungkin nampak skema, tapi percayalah bila cuba buat, confirm menjadi!
Haa, persekitaran juga mempengaruhi mood kita untuk bekerja.Lebih-lebih lagi jika tempoh bekerja berpanjangan. Kalau boleh, sis akan ke ruang berkenaan apabila perlu bekerja. Elakkan tempat yang mengundang bunyi bising ataupun tugas peribadi hakiki seperti memasak yang boleh jejaskan produktiviti. Apatah lagi kalau ada anak kecil betul tak?
Pastikan tempat yang dipilih dapat saluran cahaya dan udara yang baik. Tempat bekerja sebegini dapat mengawal minda dan “mood” kita untuk kekal fokus bekerja.
Ingat tau, apa yang penting, setup meja yang minimal dan you are ready to go!
Ketiga, pastikan komunikasi dengan majikan tidak putus! Bukan apa, komunikasi dengan majikan sangat penting dalam situasi jarak jauh begini.
Tunjukkan sumbangan kita kekal relevan dalam membantu syarikat menghadapi cabaran wabak Covid-19. Pada masa yang sama, apabila kita yakin dengan sumbangan kita, kita tidak perlu terlampau risau tentang kestabilan pekerjaan kita dan dapat terus bersemangat menyelesaikan tugasan kita.
Keempat, hadkan penggunaan media sosial terutama dalam mendapatkan informasi berkenaan pandemik COVID-19. Kadang-kadang bila dah terlalu kerap sangat membaca dan percaya terhadap maklumat Covid-19 di media sosial boleh tingkatkan level kerisauan yang melampau. Ini secara tak langsung boleh menjadikan kerja WAJIB terbantut.
Kalau boleh, sis amalkan disiplin diri dengan menetapkan dua kali sehari sahaja dalam mendapatkan informasi terkini dari sumber yang betul.
Sebenarnya ramai pekerja yang tidak memahami konsep sebenar bekerja dari rumah, sebaliknya menyifatkan arahan itu adalah peluang buat mereka untuk bercuti dan duduk di rumah sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada majikan. Kalau boleh amalkan tips ini. InshaAllah segala urusan kita akan jadi lebih mudah.
Last but not least, terima kasih semua sudi luangkan masa membaca tips from Kakpin. Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.