Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Anda semua mesti mengimpikan kulit muka yang cantik dan mulus kan? Kulit muka memerlukan penjagaan yang rapi supaya tidak kelihatan kusam dan berjerawat. Ramai yang tidak pasti mahu pakai produk apa bagi memastikan muka dalam keadaan baik. Bukan rambut sahaja yang perlu diberi perhatian, muka pun sama penting juga. Bagi yang baru berjinak dengan dunia ‘skincare’, sebaiknya anda mahirkan penjagaan muka asas atau basic skincare terlebih dahulu.
Apa itu basic skincare? Basic skincare hanya memerlukan tiga Langkah sahaja untuk menjaga muka secara harian. Ia antara ‘experiment’ untuk melihat jenis kulit muka kita sesuai dengan produk yang mana. Anda juga dapat mengurangkan masalah breakout yang teruk sekiranya menggunakan produk kecantikan.
Pastikan anda kenali jenis kulit anda terlebih dahulu sama ada kulit muka anda jenis berminyak, kering atau normal. Kemudian barulah anda boleh memilih produk skincare yang sesuai dengan jenis kulit muka anda.
Pencuci muka merupakan benda paling asas dalam skincare. Tujuan pencuci muka adalah untuk mencuci muka dari debu, kotoran dan minyak di muka. Ada dua jenis pencuci muka yang terdapat di pasaran iaitu pencuci muka water-based dan oil-based. Bagi yang memakai make up, sebaiknya anda memakai oil cleanser terlebih dahulu sebelum memakai water-based cleanser. Ini kerana air tidak mampu menarik minyak yang terdapat pada alat solek di muka.
Fungsi pelembap adalah untuk lock hydration di muka untuk kekalkan keadaan muka yang sihat dan lembap. Jika kurang kelembapan, kulit kita akan hasilkan minyak yang berlebihan bagi memastikan kulit kita sentiasa lembap. Pastikan moisturizer yang dipakai sesuai dengan kulit muka anda!
Akhir sekali, sunscreen adalah benda paling mustahak dan jangan sesekali tinggalkan walaupun sekali. Selain melindungi kulit dari cahaya matahari, sunscreen juga berfungsi untuk melambatkan kedutan dan mengelakkan jerawat serta jeragat di muka. Jadi anda yang mahukan kulit muka yang sentiasa kelihatan muda wajib pakai sunscreen setiap hari. Pastikan anda re-apply setiap 3-4 jam sehari untuk kesan yang maksimum.
Jika anda sudah konsisten dengan 3 basic skincare ini dan tidak menghadapi sebarang masalah, anda sudah boleh mula dengan produk yang lebih advanced seperti serum dan essence. Yang paling penting, anda mestilah kenali kulit anda sendiri. Jangan terlalu ikut orang lain pakai sesuatu produk itu, anda juga mahu pakai. Kulit setiap orang tidak sama dan memberi reaksi yang berbeza.
Jadi amat penting untuk tidak bersikap sambil lewa dan berhati-hati dalam pemilihan skincare.
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.