Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Untuk wanita berhijab, penjagaan rambut adalah sangat penting walaupun rambut tertutup. Sebaliknya, penjagaan rambut untuk wanita berhijab perlu diberi lebih perhatian. Hal ini memandangkan rambut “diperap” dalam tudung untuk tempoh yang lama. Ikuti tips-tips di bawah untuk pastikan rambut kekal sihat walaupun berhijab.
Rambut perlu dicuci selang sehari untuk memastikan kulit kepala tidak berminyak. Kulit kepala yang berminyak akan menyebabkan kelumumur dan akhirnya kepala berbau busuk. Bau akan menjadi lebih teruk jika berhijab kerana rambut terperap dalam anak tudung. Jadi, pastikan kulit kepala sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak berminyak.
Sebelum menyarung anak tudung, pastikan rambut tidak lembap atau basah. Jika anda memakai tudung dalam keadaan rambut basah, ia akan menyebabkan rambut berbau kepam. Rambut juga akan lebih cepat berminyak kerana ia tidak dikeringkan dengan betul. Pemilihan anak tudung juga penting. Pilih anak tudung yang menyerap peluh seperti anak tudung jenis cotton.
Mengikat rambut dengan terlalu ketat akan menyebabkan folikel rambut rosak kerana rambut akan tertarik dengan kuat dalam masa yang lama. Hal ini akan menyebabkan rambut cepat gugur. Lebih-lebih lagi orang yang berhijab akan mengikat rambut dalam tempoh yang lama. Jadi adalah penting untuk wanita berhijab mengikat rambut dengan betul. Atau cara yang lebih baik menggunakan sepit rambut.
wanita berhijab wajib beri perhatian tentang penjagaan rambut. Jangan luar saja nampak cantik berhijab tapi rambut tak terurus. Jangan jadikan tudung sebagai penutup rambut yang berhari-hari tak basuh pula.
Jom dapatkan pleated shawl, Heela Hijab daripada Madre:
[…] Ramai yang tidak pasti mahu pakai produk apa bagi memastikan muka dalam keadaan baik. Bukan rambut sahaja yang perlu diberi perhatian, muka pun sama penting juga. Bagi yang baru berjinak dengan […]