Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

3 Tips Pulihkan Tapak & Tumit Kaki Yang Kasar

Anda mengalami masalah tapak atau tumit kaki kasar? Ikuti tiga langkah mudah yang dapat membuatkan tapak kaki selembut tapak kaki bayi.

Tanpa kita sedar, kita sering mengabaikan penjagaan tapak dan tumit kaki. Betul tak? Sehingga tapak kaki menjadi sangat kasar.

Nak tapak kaki yang lembut macam bayi tak? Jom cuba tips yang akan dikongsikan untuk dapatkan tapak kaki selembut kaki bayi. Masalah tapak dan tumit kaki kasar ini mudah sahaja untuk dipulihkan. Paling  penting anda kena komited.

Gunakan Rendaman Air Garam Bukit Setiap Hari

Campurkan air suam dengan sedikit garam bukit dalam satu baldi atau besen. Pastikan besen dan baldi dapat merendamkan kaki sekurang-kurangnya sehingga di atas pergelangan kaki. Rendam kaki di dalam rendaman air garam selama 15 hingga 20 minit.

Di samping itu, anda boleh menambah essential oil. Dengan menambah essential oil anda akan berasa lebih tenang dan lega. Hal ini demikian kerana, ia mempunyai aroma terapi.

πŸ‘‰ Amalkan rendam kaki setiap malam untuk dapatkan kesan yang lebih cepat.

Gunakan Batu Apung (Pumice Stone) Dua Kali Seminggu

Bersihkan sel kulit mati pada kaki 2 kali seminggu. Cara paling mudah untuk membuang sel kulit mati pada kaki adalah dengan menggunakan batu apung.

Pastikan kaki direndam selama 5 minit sebelum digosok dengan batu apung. Selepas itu, basahkan batu apung. Kemudian, gosokkan batu apung pada kaki perlahan-lahan selama 2 hingga 3 minit. Akhir sekali, bersihkan kaki dan batu apung daripada sel kulit mati.

πŸ‘‰ Jangan gosok terlalu kuat ketika menggunakan batu apung. Hal ini untuk mengelakkan tapak kaki luka

Gunakan Losyen Atau Pelembap Sebelum Tidur

Penggunaan losyen atau pelembap pada tapak kaki setiap malam dapat mengurangkan rasa kasar pada tapak kaki. Ia dapat melembapkan sel kulit setelah seharian terkena tekanan ketika memakai kasut.

Untuk anda yang sering menggunakan kasut tumit tinggi, penggunaan losyen amat penting. Hal ini demikian kerana, tekanan pada kaki lebih tinggi ketika menggunakan kasut tumit tinggi.

πŸ‘‰ Ketika menyapu losyen, urut kaki anda. Ini dapat melancarkan pengaliran darah. Kaki akan kurang membengkak pada waktu pagi jika pengaliran darah lancar.

Mudah sahaja cara penjagaan tapak dan tumit. Anda cuma perlu biasakan amal rutin ini setiap hari. Tambahan pula, alat dan bahan yang diperlukan mudah untuk didapatkan. Selepas ikuti tips-tips ini, pasti tapak dan tumit kaki lembut macam bayi. Akhir sekali, apabila kita selalu menjaga kebersihan kaki, kita dapat mengelakkan kaki daripada berbau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *