Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

4 Fakta Tentang Influenza Yang Wajib Anda Tahu

Kebelakangan ini semakin ramai rakyat Malaysia yang mengalami kesihatan yang kurang baik. Antara penyakit yang kerap dihadapi adalah demam, selesema, sakit tekak, batuk dan sebagainya. Ramai yang menyangkakan mereka mengalami Covid-19. Tetapi apabila melakukan ujian, keputusan mereka adalah negatif.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Influenza sedang melanda negara sekarang ini. Gejala yang dihadapi hampir sama tetapi bukan Covid-19. Jika sebelum ini saya pernah berkongsi tentang HFMD, hari ini saya akan berkongsi 4 fakta yang perlu diketahui umum berkaitan Influenza.

Gejala Influenza

Ramai yang terkeliru ketika mereka menghidap gejala Influenza, mereka menyangkakan mereka mendapat Covid-19. Tetapi sebenarnya tidak!

Antara gejala Influenza ialah demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit badan, sukar bernafas dan cirit-birit. Kebiasaannya, gejala-gejala tersebut dapat dilihat selepas 1 atau 2 hari selepas dijangkiti. Jangkitan Influenza juga hanya menyebabkan gejala jangkitan ringan pada orang yang mempunyai sistem imuniti yang tinggi.

Cara penularan Influenza

Influenza boleh menukar melalui titisan sistem pernafasan ketika bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Orang yang berisiko mendapat Influenza

Semua orang berisiko mendapat jangkitan Influenza. Namun, antara orang yang berisiko tinggi ialah Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun, wanita hamil, warga emas, indvidu yang mempunyai penyakit kronik, obes dan individu yang mempunyai daya tahan yang rendah.

Individu yang mempunyai daya tahan yang rendah adalah antara orang yang menghidap kanser, HIV, pesakit yang menjalani kemoterapi dan lain-lain.

Cara mencegah Influenza

Anda boleh dapat vaksin di secara tahunan di fasiliti kesihatan swasta. Individu yang boleh mendapat vaksin tersebut adalah bermula umur 6 bulan dan ke atas. Anda juga perlu kerap mencuci tangan, mengamalkan etika batuk dan bersin serta memakai pelitup muka.

Jadi marilah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan pencagahan sebelum terlambat. Ini kerana jika kita jatuh sakit, bukan kita seorang sahaja yang terlibat. Malah orang lain juga boleh dapat sakit sama.

Itu sahaja perkongsian saya hari ini. Semua fakta tersebut adalah dari Info Sihat. Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *