Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jom Kenali Hand, Foot and Mouth Desease (HFMD)

Kini para ibu bapa di negara ini dilanda kebimbangan apabila penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mula menular. Lebih membimbangkan apabila penyakit itu menular dalam kalangan kanak-kanak yang pastinya amat merisaukan kerana ibu bapa perlu menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan ketika mereka bekerja.

Pakar Pergigian Kanak-kanan Avisena Women’s and Children Sprecialist Hospital, Dr Sharifah Wade’ah Syed Saadun Tarek afa berkata, terdapat beberapa jenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan di bahagian mulut. Antaranya adalah Herpes simpleks jenis 1 (HSV-1, atau herpes oral), virus Coxsackie dan virus Varicella-Zoster (VZV).

Foto dari Astro Awani

Cara elak jangkitan HFMD

Antara Langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi mengelakkan jangkitan HFMD adalah dengan mengasingkan anak-anak mereka di dalam rumah. Perkembangan kesihatan anak yang dijangkiti perlu diawasi dalam masa 10 hari dari hari pertama symptom dikesan. Jadi sekiranya anak-anak menunjukkan tanda-tanda seperti demam, rasa tidak sihat (letih dan lesu) dan sakit tekak, amatlah wajar untuk mengasingkan anak-anak daripada orang luar.

Ibu bapa juga dikehendaki untuk membasuh tangan setiap kali selepas mengendalikan anak, terutamanya selepas menukar lampin. Pastikan juga peralatan peribadi anak-anak seperti tuala, sudu, garfu, pinggan dan mangkuk tidak dikongsi. Hal ini kerana penyakit ini mudah berjangkit secara sentuhan rapat melalui cecair tubuh seperti air liur dan bahan buangan.

Cara merawat HFMD

Tiada rawatan khusus yang dapat merawat penyakit ini. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh dititik berat sekiranya anak-anak bergejala. Antaranya, berikan ubat demam seperti paracetamol bagi mengurangkan demam. Pastikan juga anak-anak minum air yang secukupnya.

Ibu bapa juga dinasihatkan untuk tidak panik. Ini kerana penyakit ini bersifat “self-limiting” iaitu ia boleh sembuh dengan sendirinya, sejajar dengan waktu. Ikutilah saranan yang telah dibuat oleh pihak berwajib bagi memastikan anak-anak anda sentiasa dalam keadaan yang baik.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *