Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kebanyakan newbie tidak tahu tentang pemilihan kasut tumit tinggi yang baik kerana mereka lebih selesa memakai sneakers atau flats. Kasut-kasut ini lebih gemar dipakai kerana material yang lembut dan tidak menyakitkan kaki. Kasut bertumit tinggi pula boleh menyebabkan sesorang itu mudah tersungkur apabila berjalan. Tetapi, pemakaian kasut bertumit tinggi tidak dapat dielakkan apabila seseorang itu perlu mengahadiri temuduga atau acara formal.
Teringin pakai kasut bertumit tinggi tetapi takut buat pilihan yang salah? Jangan risau, di sini saya senaraikan 4 jenis kasut bertumit tinggi bagi anda yang baru berjinak dengan kasut tinggi. Selepas ini, anda pasti tampil lebih yakin apabila berjalan.
Pilih kasut bertumit tinggi yang berjenis bulat di bahagian hadapan kerana struktur rekaan bulat di bahagian jari akan membuatkan kaki anda rasa selesa. Berbanding dengan kasut yang jenis tajam di hadapan, kasut berbentuk bulat jauh lebih selesa untuk dipakai.
Untuk yang baru mahu mencuba kasut tinggi, anda digalakkan untuk mencari kasut yang tidak tinggi lebih daripada 2.5 inci. Ketinggian ini amat sesuai untuk anda yang mahu belajar dan selesa untuk berjalan. Anda juga tidak perlu risau jika terjatuh atau terpelecok semasa berjalan.
Wedges adalah kasut yang paling sesuai untuk newbie pakai. Tapaknya yang lebar dan tebal akan membuatkan kamu rasa berkeyakinan dan selamat apabila memakainya.
Kasut tumit tinggi jenis Chunky atau Block juga antara kasut yang paling sesuai untuk newbie pakai. Ini kerana tumitnya yang tebal seperti tiang menjadikannya kasut tumit tinggi yang stabil dan selamat buat newbie seperti anda.
Jika anda ikuti semua tip ini, saya yakin anda pasti akan mahir memakai kasut tinggi. Yang penting perlu rajin praktis berjalan supaya anda boleh terbiasa memakainya. Di Madre ada banyak kasut tinggi yang sesuai untuk dipakai untuk orang yang baru belajar. Harap anda dapat manfaat daripada artikel ini. Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.