Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Persediaan hari bahagia bukan mudah seperti yang disangka dan bakal pengantin semestinya sudah memerah idea door gift untuk menguruskan majlis agar berjalan dengan sempurna.
Majlis perkahwinan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap mudah dan remeh. Ya betul ada sesetengah pihak menganggap majlis perkahwinan ini tidak boleh dilakukan secara ‘gah’ atau berlebihan, ada yang berpendapat majlis perkahwinan tidak boleh dilakukan secara terlalu ‘simple’.
Tapi pada Kak Pin, semuanya ikut kemampuan. Kalau kita ada duit yang berlebihan untuk menjamu dan berbelanja untuk hari bahagia kita apa salahnya. Dan jika kita nak ‘minimise’ kan perbelanjaan untuk kehidupan selepas berkahwin pun bagus juga, boleh jemput keluarga yang terdekat dan sahabat handai sahaja.
Apa yang paling penting ijab kabul. Gitu!
Oops, dah berceloteh panjang pula! Berbalik kepada topik kita iaitu idea door gift ialah antara salah satu perkara yang penting, selalunya pengantin serahkan kepada ibu/ saudara perempuan.
Door gift sekarang pun boleh juga mengikut peredaran zaman, kalau dulu orang selalu bagi telur sebagai doorgift. Sekarang dah pelbagai jenis, bukan setakat makanan je. Jom tengok senarai idea door gift yang Kak Pin dah listkan!
Sabun memberi aroma yang wangi dan boleh digunakan oleh tetamu bila di rumah nanti. Tidak rugi lah kerana bukan dibiarkan sebagai hiasan. Hanya ikatkan dengan riben dan ‘tag’ yang kecil. Simple dan minimal kan idea door gift ni?
Antara menjadi trend majlis kahwin sekarang, Kak Pin pernah dapat sekali! Mula-mula agak terkejut tapi memang menarik dan lain dari yang lain. Senang balik rumah boleh terus letak sebagai hiasan, berseri terus rumah.
Madu pun antara doorgift kegemaran Kak Pin, lagi-lagi dalam bekas yang kecil molek. Cute je tau! Dengan madu ni boleh kita ajar anak atau adik beradik yang masih kecil tentang khasiatnya.
Dalam situasi kita yang masih mempunyai kes Covid, hand sanitiser pun antara menjadi pilihan pihak pengantin. Kalau tanya Kak Pin, hand sanitiser ni memang doorgift yang paling berguna.
Bagi Kak Pin, lilin ni memang nampak eksklusif! Bagi tetamu wanita confim mereka suka, selain boleh hias rumah dengan lilin, boleh dapat ‘vibes’ yang positif bila kita pasang lilin. Rasa aman dan tenang gitu.
Kak Pin doakan semua bakal pengantin dipermudahkan urusan, semoga perkongsian kali ini membantu serba sedikit. Jika anda juga sedang mencari kasut pengantin, boleh cuba baca post ini: 5 Pilihan Warna Paling Trendy Untuk Tahun 2020
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.
Love,
Kak Pin