Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Hi Madre Lovers! Raya 2020 bakal menjelma dan walaupun raya tahun ni kemungkinan kita semua beraya di rumah, tapi tak mengapa, raya masih boleh disambut dengan meriah dan sederhana. InshaAllah 😉
Bila sebut sahaja tentang raya, pastinya perkara pertama kita fikirkan ialah “warna apa untuk raya tahun ni?” Betul tak? Bagi saya, pemilihan warna adalah sangat penting, bila warna sedondon dengan keluarga, raya pasti meriah! Tambah pula kalau kita padankan warna kasut yang sama dengan baju, pasti “ootd” kita nampak lebih gah gituuu 😍
Kalau tahun lepas, trend lebih kepada warna ‘pastel’ atau warna lembut. Tapi untuk tahun ini perasan tak warna lebih ke arah warna bumi?
Menurut Pengarah Eksekutif Institut Pantone Color, Laurie Pressman mengatakan bahawa pemilihan untuk tema warna tahun 2020 adalah warna biru klasik yang diinspirasikan daripada tema warna tahun 1999 iaitu “cerulen” warna biru langit yang gelap. Pemilihan warna biru klasik itu juga sebagai simbolik kepada ketenangan, keyakinan dan perhubungan.
Namun, tahukah anda selain daripada warna biru klasik, terdapat 4 warna lagi yang menjadi pilihan untuk tahun 2020 ini? Jom kita sama-sama lihat! 😉
Biru klasik adalah warna tema yang dipilih untuk tahun 2020. Dari segi psikologi, biru melambangkan warna yang damai, sejuk dan menenangkan fikiran. Biru juga dikatakan dapat mengatasi masalah tekanan darah tinggi, migraine dan biru dikatakan dapat meningkatkan konsentrasi individu.
Bagi penggemar warna biru, ini adalah contoh beberapa koleksi kasut daripada Madre yang anda boleh padankan dengan baju raya anda tahun ini! Semestinya lebih menyerlah dan nampak lebih damai dan menenangkan!
Warna coklat juga merupakan warna yang paling trendy untuk koleksi Raya 2020. Warna coklat tergolong dalam warna bumi yang seringkali menjadi pilihan buat kaum wanita pada masa kini. Dari sudut psikologi, warna coklat adalah warna bumi dan warna ini mampu memberikan kesan hangat, nyaman dan aman. Ia juga mampu menonjolkan ciri kemodenan, dan mewah!
Bagi penggemar warna coklat, warna ini sesuai dipadankan dengan apa juga warna kerana ianya bersifat universal. ini adalah contoh beberapa koleksi daripada Madre yang anda boleh sesuaikan dengan baju raya anda tahun ini! 😉
Nude juga antara warna yang sering dikeluarkan oleh beberapa jenama selain warna coklat. Nude atau Cream adalah tergolong daripada warna lembut dan sememangnya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Buat penggemar warna-warna lembut, nude/cream semestinya menjadi pilihan!
Kebiasaannya, warna-warna lembut seperti nude/cream lebih sesuai dipadankan dengan kain atau seluar yang berwarna lebih gelap seperti hitam, biru pekat, coklat pekat, oren, atau merah.
Berikut beberapa contoh kasut warna Nude/Cream daripada koleksi Madre yang sesuai dipadankan dengan koleksi baju raya anda tahun ini! :
Merah jambu lembut atau ‘dusty pink’ juga sering disebut dan menjadi warna yang hangat untuk trend 2020. Kebiasannya, bagi penggemar fashion akan padankan warna merah jambu dengan warna gelap seperti hitam, coklat, biru dan ada juga yang gemar untuk dipadankan dengan warna yang lembut seperti kelabu atau krim.
Buat penggemar warna merah jambu lembut atau ‘dusty pink’ ini adalah beberapa contoh kasut daripada Madre yang sesuai dipadankan dengan pakaian anda untuk Raya tahun ini! :
Hitam adalah warna yang paling selamat dan disebabkan tahun 2020 warna tema ialah biru klasik, jadi warna hitam juga menjadi topik hangat untuk tahun ini.
Dari segi psikologi, warna hitam adalah warna yang tegas, solid dan kuat. Warna hitam juga semestinya nampak lebih elegant dan sesuai dipakai dengan apa jua warna. Ibarat kalau anda tak tahu nak pilih warna apa untuk raya tahun ni, hitam adalah jawapannya!
Kesimpulannya, trend warna untuk tahun 2020 sebenarnya banyak ke arah warna bumi iaitu warna yang lebih gelap. Walaubagaimanapun, warna-warna pastel masih menjadi pilihan buat sesetengah wanita!
Kepada sis yang tengah fikir nak pilih warna apa untuk tema raya tahun ni, semoga entry ini membantu ya! 😉
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.
[…] Kak Pin doakan semua bakal pengantin dipermudahkan urusan, semoga perkongsian kali ini membantu serba sedikit. Jika anda juga sedang mencari kasut pengantin, boleh cuba baca post ini: 5 Pilihan Warna Paling Trendy Untuk Tahun 2020 […]