Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Awas! Elak Pakai 3 Jenis Kasut Ini Jika Anda Bertubuh Mungil

Jangan cuba-cuba ye!

Kalau anda berketinggian 162 cm ke bawah, sebenarnya anda layak diletakkan dalam kategori ‘petite’. Selalunya, mereka ini akan digelar dengan panggilan “cute“, “sweet” dan lain-lain yang digunakan untuk memberi gambaran kepada gadis yang mempunyai bentuk badan petite atau mungil.

Bagi mereka, memang sangat mudah untuk pakai apa jenis pakaian disebabkan bentuk badan yang kecil mampu memuatkan apa jenis pakaian sekalipun. Walaupun bagaimanapun, dalam konteks kasut sebenarnya agak sukar kerana tak semua jenis kasut boleh dipakai. Silap langkah, boleh menampakkan penampilan anda lebih pendek!

Jadi, ini antara jenis kasut yang perlu dielakkan oleh gadis ‘petite’ di luar sana.

Wedges

Kalau anda memiliki betis yang besar, wedges ini patut menjadi kasut yang pertama anda tolak! Agar sukar untuk terima fakta ini tetapi percayalah tips ini akan menjadi penyelamat kepada fashion harian anda.

Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada kepanjangan kaki anda dan jenis kasut yang dipakai sama ada dapat mempengaruhi penampilan untuk kelihatan sempurna dan sesuai atau tidak. Kalau ‘terbeli’ kasut wedges, cuba di hadapan cermin dahulu dan pose untuk test sama ada penampilan anda OK atau K.O.

Kitten Heels

Jangan cuba bermimpi untuk tambah koleksi kitten heels sebagai koleksi wardrobe anda! Ukuran yang tidak lebih 3 cm akan membuatkan penampilan anda jadi tidak menarik tau!

Bahagian tumit yang tidak lebih daripada 3 cm akan memberikan anda penampilan yang kurang menarik. Kitten heels langsung tidak memberikan visual ketinggian dan tidak sesuai untuk digayakan dalam mana-mana majlis atau situasi. Jaga-jaga!

Flat Shoes

Last but not least, flat shoes. Sebenarnya, flat shoes akan menjadikan badan anda kelihatan tenggelam dan semakin mungil. Jika anda mahu juga memakai flat shoes, pilih kasut yang mempunyai kelebaran 1-2 cm untuk create ilusi pada bahagian kaki.

Jangan rasa tertekan atau stress! Actually, ada banyak pilihan kasut yang sesuai untuk dipadankan dengan penampilan anda yang bertubuh mungil. Cuma, anda disarankan untuk cuba elak daripada memakai 3 jenis kasut yang disebut di atas.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *