Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pejam celik sudah masuk minggu kedua untuk tahun 2022. Ada yang masih bekerja di tempat lama, ada yang memulakan tahun baru dengan tempat kerja baru. Ada juga yang baru mulakan kerjaya. Pasti ada yang nak tambah koleksi kasut kerja baharu untuk tahun 2022. Anda berniat nak tambah koleksi kasut kerja baru? Jom baca artikel yang saya kongsi hari ini.
Persoalannya anda sudah tahu kasut jenis apa yang sesuai untuk digunakan ke tempat kerja?
Peminat heels memang takkan berhenti pakai heels walaupun ke tempat kerja. Tidak kira berapa inci tingginya, heels memang akan jadi pilihan. Lagi-lagi untuk wanita yang mungil. Katanya kalau pakai heels lagi tambah keyakinan diri. Nak pakai heels boleh, yang penting bila pakai kaki selesa.
Tidak dapat dinafikan dengan menggunakan heels, postur badan seseorang akan tampil lebih menarik. Bukan itu sahaja, penggunaan heels dapat membuatkan kaki kelihatan kurus. Nak pilih heels yang paling selesa dan stabil? Kitten heels memang jawapan yang tepat. Walau bagaimanapun, ketinggian kitten heels yang paling tinggi adalah setinggi 2 inci.
Selain daripada heels, wedges juga sering menjadi pilihan wanita untuk digunakan di tempat kerja. Bukan sekadar mampu memberikan kestabilan yang lebih berbanding heels, wedges yang betul juga dapat memberikan keselesaan maksima kepada pemakai.
Pemilihan wedges yang tepat adalah sangat penting. Hal ini dikatakan demikian kerana, pilihan wedges yang betul pemakai memperoleh keselesaan sepanjang hari. Tapak yang lembut dan material yang sesuai memastikan kaki selesa sepanjang menggunakan wedges.
Kenapa Loafer pilihan paling selamat? Loafer sejenis flats bertutup tanpa ada sebarang tali. Sudah tentu pemakai loafer akan lebih stabil. Loafer paling selamat tidak kira anda bekerja dalam pelbagai keadaan. Misalnya, kerja yang memerlukan anda untuk berdiri lama atau banyak berjalan.
Bila kasut yang digunakan ke tempat kerja selesa dan cantik, pasti kita juga rasa lebih bersemangat dan seronok untuk ke tempat kerja. “Perjalanan seribu batu bermula dengan sepasang kasut yang tepat” – Hudson Bleecker
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.