Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Masih pening nak pakai kasut apa untuk kenduri atau majlis perkahwinan? Nak kena fikir kasut sesuai atau tidak untuk dipakai dalam tempoh yang lama. Risau kasut tak sesuai? Jom baca artikel ini sampai habis untuk ketahui kasut yang selesa dan sesuai untuk kenduri/majlis perkahwinan.
Untuk nampak tinggi pada masa yang sama dapat memberikan keselesaan, boleh gunakan wedges. Walaupun wedges tinggi, ia masih stabil berbanding heels memandangkan lebar tapak lebih luas. Open-toe dan closed toe wedges kedua-duanya sesuai untuk digunakan ke kenduri/majlis perkahwinan
Block heels yang tidak terlalu tinggi akan membuatkan pemakai kurang sakit kaki berbanding pemakai heels lain. Block heels lebih stabil berbanding heels biasa. Postur badan sedikit berubah ketika memakai heels. Jadi pemakai tampil lebih yakin semasa majlis/kenduri.
Untuk yang tidak mahu menggayakan heels ke majlis perkahwinan atau kenduri, boleh gayakan baju kurung atau dress dengan flats. Pemakai flats masih boleh tampil elegan dan bergaya walaupun kasut tidak bertumit tinggi. Pemilihan design flats penting supaya tidak nampak terlalu kasual.
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.
Like