Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Pernah tak scroll Instagram, tengok gambar OOTD influencer atau artis nampak flawless, posing on point, pencahayaan perfect, background cantik, tapi bila kita cuba, hasilnya… hmm biasa je?
Jangan risau, bukan sebab kita tak photogenic! Rahsianya ada pada teknik dan trik fotografi yang mereka guna.
Sebenarnya, nak dapatkan gambar OOTD yang wow tak semestinya perlukan kamera mahal atau team photographer. Dengan angle yang betul, lighting yang tepat, dan editing yang simple, gambar kita pun boleh nampak pro!
Dan dalam blog ini, kita akan bongkarkan rahsia-rahsia tu supaya next time korang nak OOTD, boleh apply tips yang sama dan hasilnya pun cantik gila!

Salah satu rahsia utama gambar OOTD nampak pro & aesthetic adalah angle yang betul. Kalau asal snap je, gambar boleh nampak ‘flat’ atau kurang menarik.
Kalau susah nak ingat semua pose & angle, buat research dan save gambar dari Pinterest atau Instagram! Buat album khas dalam phone untuk rujukan posing ideas setiap kali nak OOTD. Jadi, tak perlu blur atau ulang pose sama je setiap kali ambil gambar.

Tak semestinya kena ada kamera mahal untuk dapat gambar OOTD yang cantik, smartphone sekarang pun dah cukup kalau tahu guna setting yang betul!
Tapi kalau nak sesuatu yang lebih mudah & praktikal, smartphone flagship pun dah cukup power!
Apa pun pilihan, yang penting pencahayaan & angle, dua benda ni yang akan buat gambar nampak mahal!

Kalau selalu struggle nak ambil gambar sebab tak ada orang tolong, tripod adalah penyelamat!
Dengan tripod, boleh set kamera atau phone pada ketinggian dan angle yang ideal, jadi gambar nampak lebih stabil dan profesional. Pilih tripod yang ringan dan adjustable, supaya senang dibawa ke mana-mana.
Selain tripod, self-timer & burst mode juga boleh bantu. Set self-timer 3-10 saat, posing dengan yakin, dan biarkan kamera buat kerja!
Nak hasil lebih natural? Gunakan burst mode, di mana kamera akan ambil beberapa gambar sekaligus, senang untuk pilih shot terbaik tanpa perlu ambil banyak kali. Jadi, tak perlu susah hati kalau tak ada kawan nak jadi ‘fotografer’, OOTD tetap boleh on point!

Pencahayaan yang baik boleh ubah gambar biasa jadi luar biasa! Untuk OOTD yang nampak fresh dan natural, cahaya semula jadi adalah pilihan terbaik. Waktu paling cantik?
Kalau bergambar di dalam, pastikan ada sumber cahaya dari depan supaya wajah dan outfit lebih jelas. Guna ring light atau softbox untuk pencahayaan sekata dan efek lebih professional.
Kalau tak ada, berdiri dekat tingkap untuk manfaatkan natural light. Elakkan cahaya dari belakang kerana boleh buat subjek nampak gelap atau backlit kecuali kalau nak efek siluet. Dengan lighting yang betul, gambar OOTD confirm nampak lebih sharp dan aesthetic!

Editing bukan sekadar tambah filter, tapi untuk naikkan seri gambar dan buat warna lebih menyerlah.
Selain itu, crop & straighten gambar untuk betulkan framing dan pastikan subjek berada dalam posisi terbaik. Kalau ada objek mengganggu di background, boleh guna healing tool atau blur effect untuk nampak lebih clean.
Nak pastikan gambar OOTD nampak lebih HD dan sharp? Boleh guna app seperti Remini untuk enhance quality gambar yang blur. Tapi ingat, jangan over-edit sampai nampak fake, cukuplah untuk buat gambar lebih cantik & Instagram-ready!
Lepas ni, tak ada lagi alasan gambar OOTD nampak ‘biasa-biasa’! Dengan angle yang betul, lighting yang cantik, tripod untuk self-shoot, dan editing yang kemas, gambar korang confirm nampak lebih aesthetic & profesional. Tak perlu kamera mahal pun yang penting, tahu teknik yang betul!
Nak lagi banyak tips & trik untuk naikkan game OOTD korang? Jangan lupa check blog kami untuk lebih banyak rahsia fotografi & fashion!