Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tidak Tahu Mahu Bawa Apa Ketika Bercuti?

Cuti persekolahan hampir tiba, pasti ramai ibu bapa yang menggunakan kesempatan ini untuk membawa keluarga bercuti dan melepaskan tekanan. Tidak disangkal lagi, pasti ramai pihak terutama yang berkaitan dengan pelancongan menawarkan tawaran menarik di tempat pelancongan mereka.

Maka, mesti banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum pergi bercuti. Di sini, saya akan kongsikan barang-barang yang wajib dibawa ketika bercuti.

Kasut yang selesa

Ketika bercuti, semestinya kita akan banyak berjalan. Maka wajarlah kalau kita memilih kasut yang selesa dan tidak menyakitkan kaki. Kasut bertumit sederhana dan tinggi tidak digalakkan kerana kasut tersebut boleh menyebabkan kaki melecet dan kesakitan pada tulang belakang. Bingung mana nak cari kasut yang cantik dan selesa? Boleh cari di www.madre.my.

madre flats

Kemeja-T tidak berkedut

Semua orang pasti sibuk mengisi masa cuti dengan melawat ke tempat-tempat menarik sehingga tiada masa untuk mengurus diri. Oleh itu, bawalah baju kemeja-T tidak berkedut kerana selesa, kemas dan sesuai untuk semua tempat dan acara. Kita juga tidak perlu bersusah-payah untuk seterika baju. Terutamanya untuk kaum perempuan, anda hanya perlu seterika dan padankan tudung yang dibawa bersesuaian dengan baju.

Jam tangan dan aksesori ringkas

Jam tangan amat berguna untuk menunjukkan waktu. Namun kini, telefon pintar telah mengambil alih fungsi tersebut. Akan tetapi, jam tangan adalah penting sebagai pelengkap gaya. Selain itu, anda boleh memakai gelang tangan sebagai aksesori. Ringkas dan minimum. Ini kerana aksesori yang berlebihan akan menarik perhatian orang yang tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan perkara buruk bakal berlaku.

Dress/Kardigan

Sesetengah destinasi seperti pantai memerlukan anda untuk bergaya santai dan ringkas serta selesa untuk melangkah. Gaun labuh fabrik ringan dan selesa sesuai digayakan di kawasan pantai dengan tiupan bayu menyegarkan. Anda juga boleh membawa sehelai dua cardigan untuk menghangatkan tubuh dalam cuaca sejuk selain menutup bahu yang terdedah sekiranya mengunjungi tempat yang memerlukan anda berpakaian sopan.

Kaca mata hitam

Kaca mata hitam bukan sekadar untuk berfesyen semata. Malah ia amat penting untuk melindungi mata kita daripada sinaran matahari yang berlebihan. Matahari yang terik akan membuatkan penglihatan tidak sempurna tetapi jarang ia diberi perhatian. Penggunaan kaca mata hitam dapat membuatkan penglhatan lebih baik.

Setiap orang pasti mahukan percutian yang terbaik tanpa sebarang masalah. Oleh itu, bawalah barang yang praktikal dan sesuai tetapi masih menarik dan bergaya untuk aktiviti serta acara daripada mula menjejakkan kaki di tempat percutian hingga selamat sampai ke rumah.

Percutian adalah sesuatu yang menceriakan kita. Pastikan anda bawa pakaian yang menaikkan semangat anda. Kadangkala kita perlu berani mencuba pakaian reka corak atau motif dan tekstur yang baru atau warna terang sebagai salah satu cara untuk menyemarakkan lagi mood percutian.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *