Kasut Yang Elok Takkan Buat Kaki Melecet?

Tips pilih kasut dengan betul.

Anda sudah tahu pilih kasut yang betul? Untuk memastikan kasut yang dipakai membuatkan anda selesa dan tidak akan membuatkan kaki anda melecet, anda boleh gunakan tips di bawah.

1.Saiz Kasut Perlu Padan Dengan Kaki?

Kasut yang terlalu besar atau terlalu ketat akan mengakibatkan ketidakselesaan semasa berjalan. Ukur saiz kaki dan pilih saiz kasut berdasarkan jadual ukuran yang telah disediakan jika beli secara dalam talian. Anda boleh rujuk video di bawah untuk lihat cara ukur kaki dengan betul.

https://fb.watch/99LTo9XRje/

2.Kusyen Pada Kasut Merupakan Salah Satu Faktor?

Kusyen tebal pada kasut dapat memastikan anda selesa walaupun berjalan dalam tempoh yang lama. Kusyen yang nipis pada bahagian tapak akan membuatkan anda berpijak pada objek keras ketika berjalan. Jadi, adalah sangat penting untuk anda memilih kasut yang mempunyai kusyen yang tebal.

3.Kaki Melecet Sebab Kasut Terlalu Berat?

Antara punca kaki melecet adalah disebabkan oleh berat kasut. Kasut yang terlalu berat akan membuatkan kaki akan cepat lenguh ketika berjalan. Ini dipengaruhi oleh bahan yang digunakan untuk menghasilkan kasut itu. Oleh itu, pastikan kasut yang dipilih tidak terlalu berat. 

Sekarang anda sudah tahu cara pilih kasut dengan betul, jadi tiada masalah kaki melecet lagi lepas ini! Sis dah tahu ciri-ciri kasut yang boleh elakkan daripada kaki cepat melecet.

Leave a Reply

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124