Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kadang kita pening kan mahu pilih kasut Raya yang mana satu. Masa Raya ini mestilah kita mahukan kasut yang selesa dan cantik. Lagi-lagi kita tahun ini kita sudah dibenarkan beraya seperti biasa, mestilah banyak rumah kawan-kawan dan saudara-mara yang kita akan kunjungi.
Hari ini Kakpin akan kongsikan bagaimana mahu pilih kasut Raya yang baik. Kakpin yakin kalau anda ikut tips-tips ini, anda tidak akan ada masalah sakit kaki semasa beraya.
Jika anda berkaki lebar, elakkan daripada memakai kasut dengan potongan muncung tajam atau di bahagian hadapan. Kaki anda berkemungkinan akan melecet jika memakai kasut jenis ni. Sebaliknya, pilihlah kasut yang bertutup bulat bagi memastikan keselesaan berpanjangan. Anda juga boleh memakai kasut jenis terbuka di bahagian hadapan untuk menjamin keselesaan.
Untuk yang berkaki kecil di bahagian hadapan, anda digalakkan untuk memilih kasut muncung tajam supaya kelihatan lebih manis. Kasut jenis ini akan membuatkan kaki anda nampak lebih panjang dan slim. Kasut bermuncung tajam sememangnya menjadi pilihan ramai kerana si pemakai akan nampak lebih elegan dan manis.
Lalisa by Madre
Selain kasut bertumit tinggi, pemilihan wedges juga merupakan pilihan terbaik untuk anda yang mahu kelihatan tinggi semasa Raya nanti. Ada yang tidak gemar memakai kasut tumit tinggi kerana takut jatuh dan sebagainya. Bagi yang tidak biasa bertumit tinggi, wedges amat praktikal untuk menjamin kestabilan semasa berjalan.
Kita juga digalakkan untuk membeli kasut pada masa yang sesuai iaitu pada waktu petang. Ini kerana kaki kita akan mengecut pada waktu pagi dan mengembang pada waktu petang.
Ingat ya pemilihan kasut yang baik dapat menjamin keselesaan kita sekali di samping kecantikan. Padanan kasut dengan baju juga amat penting ya. Kakpin harap sis akan dapat manfaat dari tips ini.
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.