Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tips Kemas Rumah Agar Nampak Baru

Menjelang Hari Raya yang dinanti-nantikan, saya berbesar hati mahu berkongsi beberapa tips kemas rumah sempena Hari Raya agar nampak cantik dan dan membawa suasana baru untuk anda sekeluarga. Yang paling menarik, anda tidak perlu berbelanja besar pun kalau ikut tips-tips ini!

Apabila kita ke rumah saudara mara dan rakan-rakan, kita pasti sukakan rumah yang kemas dan selesa seolah-olah kita dialu-alukan untuk menziarah. Mereka juga sama seperti kita, ingin lebih selesa apabila keadaan rumah bersih, selesa dan terurus. Ramai yang berpendapat bahawa rumah tidak kemas apabila menggunakan perabot lama dan perlu ditukar kepada yang baru. Bosan dengan langsir yang lama dan beli baru. Tapi tahukah anda, anda hanya perlu melakukan beberapa trik sahaja dan rumah anda kelihatan seperti rumah baru!

Guna semula langsir lama

Kalau anda kekurangan bajet untuk tukar langsir baru, tidak perlulah memaksa diri atau keluarga untuk belikan juga. Kalau setiap tahun tukar langsir baru, kena sesuai dengan warna cat rumah, nanti kena cat warna baru pula. Jadi jalan penyelesaiannya, gunakan sahaja langsir yang lama yang sudah digunakan beberapa tahun lepas. Saya yakin pasti ada langsir lama anda yang masih elok. Tetapi memandangkan langsir yang henda digunakan sudah lama terperap dalam simpanan, pastikan anda basuh dulu sebelum pasang!

Cuci karpet

Dua atau tiga minggu sebelum raya, anda sudah boleh hantar karpet anda untuk dicuci. Ada rumah yang tidak pernah hantar karpet ke dobi untuk dicuci, hanya bersihkan dengan vakum sahaja. Jadi inilah masanya untuk anda cuci karpet dengan baik. Karpet yang tidak dicuci dengan baik ada banyak kekotoran yang tidak dapat kita lihat. Lipat karpet anda dan hantar untuk cucian. Apabila sudah siap, anda dapat lihat perbezaan ketara semasa ia dibentangkan semula.

Ubah kedudukan perabot

Tidak semua orang mampu untuk membeli parabot baru, jadi anda tidak perlu khuatir. Jalan penyelesaian yang paling mudah adalah dengan mengalih kedudukan perabot anda. Jika mahukan sesuatu yang baru, perlulah berani membuat perubahan. Betul kan? Kami yakin anda tidak akan menyesal kerana anda akan rasa seperti berpindah ke rumah baru dengan suasana yang baru dan anda semestinya akan berpuas hati.

Susun atur kasut juga sama penting kerana benda pertama yang tetamu lihat ketika sampai ke rumah adalah bahagian kasut. Jadi mustalillah kita mahu biarkan kasut banyak-banyak berselerak di depan rumah. Pening mahu kemas kasut? Boleh baca di sini.

Apabila Hari Raya tiba sahaja pasti para ibu akan sibuk menyediakan pelbagai juadah Aidilfitri. Walaubagaimanapun, bau masakan ini boleh tersebar memenuhi seluruh ruang rumah. Rumah sudah dalam keadaan cantik, tetapi ada pula bau yang mungkin kurang menyenangkan. Apa kata anda sediakan pewangi rumah automatik atau sembur sahaja pewangi di sekitar ruang tamu.

Rumah sudah cantik, kemas dan bersih, kita pun bersemangat mahu beraya. Jadi tuan rumah juga perlulah berpenampilan menarik supaya sedap mata tetamu memandang. Meskipun sibuk di dapur menguruskan keperluan raya diri sendiri dan keluarga, anda juga hendaklah berseri-berseri kerana raya hanya setahun sekali.   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *