Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Cuti panjang sempena perayaan tidak kiralah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina ataupun Deepavali, rakyat Malaysia pasti akan manfaatkan masa ini untuk pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan sanak-saudara. Terutama sekali sudah dua tahun rakyat Malaysia tidak dapat pulang kerana PKP.
Oleh itu, dalam keseronokan kita pulang ke kampung, janganlah pula kita abaikan keselematan semasa di jalan raya. Faktor keselamatan perlu dititikberatkan supaya dapat mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Di sini, saya akan share beberapa tips yang anda boleh lakukan sebelum memulakan perjalanan balik kampung.
Tidak kiralah anda gunakan kereta jenis apapun, pemeriksaan kereta merupakan antara perkara mustahak. Pastikan kereta dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Berdepan dengan masalah kereta rosak ketika di jalanan merupakan mimpi buruk bagi semua orang. Oleh itu, kereta mestilah diservis terlebih dahulu. Setiap bahagian kereta perlulah dalam keadaan baik supaya perjalanan kita dalam keadaan lancar sampai ke destinasi.
Pastikan anda rancang perjalanan anda sebaik-baiknya. Anda digalakkan untuk mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Sekiranya anda memandu dalam keadaan penat atau mengantuk, sebaiknya anda berhenti berehat di mana-mana untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan. Jika ada pemandu kedua, anda boleh bergilir-gilir dengan mereka untuk memandu.
Bagi mengelakkan kesesakan, anda digalakkan untuk bergerak pada waktu malam. Jika penat memandu pada waktu malam, anda boleh berhenti berehat dan makan-makan.
Sudah menjadi lumrah setiap kali musim perayaan jalanraya mesti menjadi sesak. Anda boleh menggunakan aplikasi Waze, GPS ataupun Google Maps untuk membantu anda mencari alternatif lain selain melalui jalan yang anda biasa gunakan.
Akhir sekali, kasut yang kita pakai juga memainkan peranan. Ini kerana kita perlu duduk lama di dalam kereta dan pasti kita akan berasa tidak selesa. Oleh itu, kita perlulah pakai kasut yang selesa dan ringan supaya kaki kita tidak berasa sakit dan selesa sepanjang masa.
Selamat pulang ke kampung warga kota! Semoga Raya kali ini lebih bermakna bersama orang tersayang. Berhati-hatilah ketika memandu dan patuhilah peraturan jalan Raya supaya sampai ke destinasi dengan selamat.
Selamat Hari Raya dari Team Madre!
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.